Isnin, 14 Mac 2011

TAHNIAH 3KRK 2010

Assalamualaikum WBT

Buat semua anak didik 3KRK 2010 sekalung tahniah daripada ustazah atas kejayaan cemerlang dalam PMR terutama subjek Pendidikan Islam.
Tahniah buat Fazira dan Emilia atas kejayaan memperoleh 9A. Selamat Berjaya di tempat baru. Semoga cemerlang selalu dunia dan akhirat, begitu juga yang lain-lain

Ahad, 11 April 2010

Tahniah 5KAA 2009


Assalamualaikum.

Sekalung ucapan tahniah buat semua murid 5KAA 2009 atas kejayaan cemerlang dalam SPM 2009 yang lalu..T.Kasih kerana telah naikkan GP untuk subjek PSI dan PQS. Syukran Jazilan..

Selasa, 12 Januari 2010

Tahniah Dan Syabas!


Tahniah buat semua anakanda tingkatan 3KRK 2009 yang berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2009. Syabas juga buat semua anakanda kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek Pendidikan Islam. Tidak lupa juga kepada semua anakanda dari kelas 3KAA yang cemerlang dalam Bahasa Arab.


Semoga kalian akan lebih berjaya pada masa akan datang, insyaallah....Teruskan berjihad dalam menuntut ilmu kerana ianya satu kefardhuan( wajib )..

Ahad, 4 Oktober 2009

Selamat Hari Raya Utk Semua Yang Mengenali




Assalamualaikum wbt
Buat semua yang mengenali, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....

T.Kasih buat semua yang sudi menziarahi Ustazah Mama pada Hari raya tahun ini...tak lupa juga buat ex-student SMKTAJ, Pelabuhan Klang yang masih sudi mencari dan menziarahi ustazah mama. Tak lupa juga ex-student 5KAA 2008.Hari Raya tahun ini amat bermakna buat diri ustazah sebab dapat jumpa ex-student dan kawan lama dari Terengganu..

Khamis, 4 Jun 2009

Lawatan Ke Tambun


Lawatan ke Muzium Darul Ridhwan ketika on the way balik dari Tambun


Sempat singgah kat Ipoh Parade.. anak-anak nak main bowling

b
Bergambar kat Tambunn



Antara permmainan yang ada di Tambun....anak-anak enjoy betul!


Bergambar di pintu masuk Tambun

Pada cuti semester yang lalu, teringin nak ke Tambun. Kata member best tempatnya. Selepas pujuk-pujuk suami alhamdulillah nak pulak dia pergi. Walaupun cuma dua hari tapi yang penting anak-anak seronok termasuklah anak buah dan adik. Kepada memeber yang belum pergi... bawalah anak isteri " Cuti-cuti Malaysia Ke Tambun"

Rabu, 3 Jun 2009

Apabila Hati Mati

Apabila hati mati
Ramai manusia lupa sujud kepada Ilahi
Harta, wang, pangkat dan darjat menjadi buruan setiap hari
Lalai dan leka menguasai diri seolah esok tiada lagi

Apabila hati mati
Ramai manusia hilang maruah dan harga diri
Tak takut balasan Ilahi di kemudian hari
Anak tak berdosa dibuang, dibunuh dan dicampak sesuka hati

Apabila hati mati
Ibu bapa tiada lagi bertempat dihati
Waktu mereka untuk menambah amal dipandang sepi
Anak-anak jadikan mereka seperti orang gaji merangkap hamba abdi

Apabila hati mati
Nilai kemanusiaan mula diletakkan di tepi
Manusia semakin rakus dengan kekayaan duniawi
Yang miskin, yang capik, yang malang hanya memandang minta simpati

Apabila hati mati
Anak-anak murid dah pandai besar diri
Guru diinjak, dimaki dan tidak lagi dihormati
Tetapi guru tetap dedikasi mendidik tanpa berbelah bagi

Apabila hati mati
Manusia mula lupa pada amanah yang diberi
Sombong dan bongkak menguasai diri
Syariat Ilahi dan ajaran nabi sudah terpadam dari dalam hati

Apabila hati mati
Kita hendaklah sedar dan insaf kembali
Bermuhasabah setiap hari agar berada di jalan Ilahi
Moga kehidupan dilimpahi keberkatan dan keredhaan Ilahi

Buat hati-hati yang telah mati agar hidup subur dengan iman dan takwa

TAHNIAH ANAK-ANAKKU 5KAA

Assalamualaikum WBT.

Ustazah mama ingin ucapkan tahniah buat anak-anak 5KAA 2008 ( Hanis, Lokman, Rafizi, Syafiqa, Radziah, Lina Amalina, Nur Amalina Yazid, Nur Amalina Surday, Solehah, Afiqah, Amira, Liyana, Raidatun, Fatehah, Atikah dan Awatif ) atas kejayaan dalam SPM yang lalu. Mudah-mudahan kalian akan berjaya dalam bidang yang akan diceburi kelak. Semoga kalian akan dapat menggapai cita-cita yang menggunung tinggi, sekaligus menjadi hambaNya yang tawadhuk dan soleh.

Tiada hadiah istimewa yang dapat diberikan , melainkan sekalung doa buat kalian, anak-anak 5KAA 2008 yang disayangi. Ingatlah pesanan ustazah mama, janganlah menjadi sombong dan bongkak bila telah berjaya nanti. Lihatlah sekeliling kalian, masih ramai insan yang memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan kasih sayang dari kalian. Hidup ini janganlah sentiasa menongkat langit, sekali sekala pandanglah mereka yang ada di bawah...kerana dari situlah kita bermula......sebelum kejayaan menjelma...

Salam sayang penuh rindu buat kalian semua