Sabtu, 6 September 2008

SMS RAMADHAN 1429H

T.Kasih buat rakan-rakan dan anak murid yang dikasihi yang mengingatiku. Semoga silatur rahim antara kita berkekalan. Di sini saya paparkan SMS Ramadhan yang diterima daripada rakan-rakan lama untuk renungan bersama:

1. Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung
Jika Hati seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN... ( Raihan & Syafiqah SMKTD )

2. Jadikan al-Quran sebagai teman sejati
Zikrullah sebagai penghibur Hati
Solat sebagai pendinding Diri
Takwa sebagai baja dalam Hati
Sentiasa dalam lindungan Ilahi
Salam Ramadhan buat yang dikasihi....( Rina Sarawak )

3. Semoga Ramadhanmu sempurna
Hakikatnya seharum cendana
Iktikadnya seagung singgahsana
Makrifatnya seagung kencana...
Lebaranmu bermakna
Diiringi IKHLAS, DILINDUNGI IHSAN, DIPAYUNGI INSAF
Ampunilah dan minta diampuni
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...( Faizah SMKTD )

4. Sekali lagi, ketibaan satu dari dua belas kiraan bulan,
bulan penuh keberkatan,
penuuh keharmonian
penuh kerahmatan
bulan ujian buat jiwa-jiwa kita yang kerdil
ujian ketakwaan
ujian kesabaran
kan menguntumlah putik keinsafan
kan mekarlah bunga keimanan
Ramadhan yang pastinya takkan mungkir
bersamalah kita hayati
sehingga Magrib Syawal mengakhirinya..
tahun hadapan ia tetapkan hadir
adakah lagi kita di muka bumi
untuk sekali lagi mengahayti.... ( Kak Zuraidah SMKTD )

5. Wahai tetamu Ramadhan,
untukmu rahmat dan maghfirah
airmata taubat dendangan tadarus
selimut tarawikh bantal tahajjud
semoga mewarisi Jannah
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...( Asnihan SMKJ )


6. Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu..
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu..
Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu
Oleh itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya...
Selamat Berpuasa. moga kita mampu menempuhnya
dengan penuh kesyukuran,ketabahan dan keikhlasan...( Tushibah SMK Damansara )

7. Salam setitis qatrunnada
buat wanita seindah penghulu syurga
yang maharnya iman dan takwa
lalu dihias harum tulusnya cinta...
Buatmu wanita,
ku doakan untaian mutiara solehah
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ... ( Liyana, Amalina, Amira SMKTD )