Khamis, 5 Mac 2009

PESANAN IBN QAYYUM


1. Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak terurai
kecuali menerima kehendak Tuhan


2. Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak
hilang kecuali berjinak dengan Tuhan


3. Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak
hilang kecuali seronok mengenali Tuhan


4. Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak
tenang kecuali berlindung, bertemu dan
berjumpa dengan Tuhan


5. Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak padam kecuali redha dengan suruhan dan
larangan Tuhan, qadha' dan qadarnya serta sabar hingga menemuinya


6. Dalam hati manusia ada hajat dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan dan
bermohon kepadanya


7. Berterusan dalam berzikir kepada Tuhan adlah keikhlasan sebenar kepadanya. Andai dunia
dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba
itu

Rabu, 4 Mac 2009

TATA TERTIB BELAJAR

Anakku! Rajin-rajinlah engkau belajar! Gunakanlah kesempatan yang ada untuk memungut sesuatu yang penting dan berguna.

Anakku! Sebelum engkau menerima pelajaran dari gurumu di sekolah, hendaklah engkau pelajari dulu sedalam-dalamnya. Jika ada yang sulit janganlah engkau malu menanyakannya kepada teman-temanmu, supaya mereka pun turut bersama-sama memecahkannya. Sebelum engkau mengerti betul, janganlah dulu pindah ke soal lain.

Anakku! Jika guru sedang menerangkan pelajaran, janganlah kamum bercerita atau bertengkar dengan temanmu. Dengarkanlah keterangannya itu baik-baik. Janganlah mengelamun atau fikiranmu melayang-layang ke sana ke mari waktu belajar. Jika masih belum mengerti mintalah dengan hornmat kepada gurumu supaya diulangi sekali lagi. Dalam pada itu janganlah terlalu keras suaramu, dan janganlah membantah kalau dia mengabaikan permintaanmu itu.

Anakku! Jika seorang murid itu sudah keluar dari batas-batas kesopanan terhadap gurunya, maka jatuhlah harga dirinya di mata guru itu, demikianlah pula dalam pandangan teman-teman.Oleh itu patutlah ia menerima peringatan dan hukuman kerana kurang sopan itu.

Anakku! Keindahan ilmu itu harus disertai tata tertib dan sopan santun. Siapa yang tahu sopan santun akan dimuliakan Allah dan dicintai masyarakat. Orang yang sombong dan kurang sopan akan jatuhlah nilainya di mata khalayak ramai, seorangpun tidak ada yang mahu menghormatinya.

Anakku! Tidak ada yang merugikan murid selain daripada kemurkaan guru atau Ulama'. Kerananya janganlah engkau membuat marah gurumu itu, atau berlaku tidak sopan kepadanya. Sebab kemurkaan guru itu, sekurang-kurangnya akan mendatangkan hampa dan kerugian belaka.

Nah, terimalah nasihatku ini hai anakku! Usahakanlah supaya gurumu itu senang dan suka kepadamu. Mintalah doa restunya, supaya engkau beroleh taufik dan terbuka fikiran, diperkenankan Allah adanya.

Kalau kamu sedang sendirian banyakkanlah berdoa dan bermohon kepada Allah agar diberi ilmu yang menfaat dan boleh mengerjakannya.

Tuhan akan memperkenankan doa dan permohonan hamba-Nya, lagi Pemurah dan banyak memberi.
- Dipetik daripada Nasihat Bapa Kepada Anak [ al-Wasaya al-Abb Lil Abna' ]

WAKTU TERBAIK BERDOA

Di antara waktu terbaik berdoa ialah:
  • waktu sahur
  • wakatu selepas azan sebelum iqamah
  • waktu 1/3 malam
  • waktu hujan lebat
  • waktu melihat Kaabah
  • waktu tawaf dan sa'ei
  • waktu setiap kali selepas solat
  • waktu setiap kali selepas membaca al-quran
  • waktu hampir untuk berbuka puasa
  • waktu berpuasa wajib atau sunat
  • waktu antara dua khutbah Jumaat
  • waktu di antara iqamah dan solat
  • waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir
  • waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan
  • waktu semasa hendak minum air zam-zam

Selasa, 3 Mac 2009

CIRI-CIRI HAMBA DUNIA

Daripada Abi Hurairah r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : " Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kain tebal yang berbulu dan kain berdcorak ( ghairah dengan kemewahan dan kesenangan ); sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai ." - Riwayat al-Bukhari