Isnin, 25 Ogos 2008

KATA-KATA HIKMAT

Orang yang tidak merasai bahagia dengan yang sedikit, selamanya tidak akan menemui kebahagiaan

Khamis, 14 Ogos 2008

Menutup Aurat Suatu Tuntutan Agama


Aurat! suatu isu yang sangat sensitif...Bila kita memperkatakan isu ini, golongan yang tidak memahaminya akan memberikan pelbagai alasan dan sebab untuk mengelakkan daripada mengakuinya bahawa menutup aurat itu suatu tuntutan syariat yang tidak boleh diambil mudah dan diambil enteng. Rata-rata akan memberikan alasan," ala..aku belum dapat hidayah lagilah..Allah belum bukakan pintu hati, nanti insyaallah aku tutuplah..." atau " aku ni bukannya Ustazah!", atau " ala...aku walaupun macam ni, sembahyang tak pernah tinggal !Ketakwaan tu letaknya di hati tau! Allah kan Maha Mengetahui.." Itulah di antara beribu alasan yang diberikan. Ada yang menyakitkan hati, ada jawapan yang membuat kita terkedu sekejap ( tak sangka jawapan begini pun ada, mengucap panjang kadang-kadang kita dibuatnya...astaghfirullah!! ) dan kadang-kadang jawapannya menyebabkan kita pulak rasa belas ihsan, rasa simpati kepada tuan punya badan kerana punya keinginan tetapi ada yang menghalang... Walau apapun jua alasan, mudah-mudahan datang rasa keinsafan dalam diri untuk menjadi muslimah yang lebih bertakwa di sisi Allah SWT.

Ada juga sesetengah manusia yang salah faham tentang konsep menutup aurat. Ada yang memahami bahawa aurat itu hanya sekadar menutup rambut sahaja. Oleh itu tidak hairanlah mengapa ada segelintir remaja dan wanita hari ini yang memakai tudung tetapi nampak bentuk body, pakaian singkat dan sendat, seluar pulak ketat, belum lagi terdedah leher, tangan dan pelbagai lagi. Ada yang hanya memahami bahawa menutup aurat apabila keluar dari rumah untuk ke tempat kerja,atau ke sekolah aau ke mana-mana sahaja. Oleh sebab itu tidaklah hairan mengapa apabila berada di luar kawasan rumah, ketika bersembang dengan jiran tetangga atau melakukan apa sahaja aktiviti masih ada yang membiarkan aurat mereka terdedah. Pelbagai salah faham berlaku akibat daripada kejahilan dan keegoan kita sendiri.

Berikut adalah cara menutup aurat yang betul mengikut syariat:



Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 31, jelas menunjukkan aurat yang perlu dijaga oleh muslimah.

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT:





Oleh itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri agar kita menjadi muslimah sejati dan hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Sabtu, 9 Ogos 2008

T'ganu Kita

Gambar bersama suami di salah sebuah replika masjid yg terdapat di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Masjid tersebut ialah salah sebuah masjid di China iaitu Masjid Cheng Ho.

Insan Bermakna Dalam Hidupku

Gambar ayahku

Gambar ibuku(kiri) dan nenek (kanan/bercermin mata )

Dua insan yang paling kusayangi..Tanpa mereka siapalah Aku! Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dianugerahkan kedua insan istimewa ini... Daripada mereka ku belajar erti sebuah pengorbanan, nilai sebuah kasih sayang, nilai sebuah keluarga, dll. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa kalian, dimurahkan rezeki, sentisa dirahmati,dilindungi,diberi kesihatan yang baik, diredhai segala amalan, amin....

Lawatan 1: Ke Kedah/ UUM


Lawatan ke Kedah ni sebenarnya sambil menyelam minum air. Hantar adik ke UUM tapi sambil-sambil tu melawat ke Kedah. Bawa mak abah sekali masa tu... seronok betul sebab lawatan family. Anak-anak tak ikut sebab masing-masing sibuk belajar, ada yang kat asrama dan ada yang kat IPT..yangikut yang kecik aje...tu..kat sebelah. Ha..gambar tu kami ambil masa solat Zohor di Kuala Kangsar..Dulu kali pertama pergi masjidnya tengah direnovate...tapi sekarang punyalah cantiknya...ramai juga jamaah yang singgah.

BULAN SHA'BAN DAH BERMULA RAMADHAN PULA KAN MENJELMA


Tengok bulan teringatlah pulak, hari ni dah masuk hari ke-7 Sya'ban. Ada lagi 22 /23 hari sebelum Ramdhan menjelma, tapi manusia sibuk pula dengan persiapan nak Raya! Dah plan nak pakai baju warna apa Raya nanti, nak buat kuih apa, langsir macam mana fesyennya yang nak dipasang...hmmm macam-macam lagi. Tapi pernah kah terfikir dek kepala kita, bagaimana nak tambah amal bulan Ramadhan nanti. Adakah Ramadhan kita sama macam tahun lepas. atau mungkin lebih baik lagi. Umur dah makin bertambah, tapi kita DOK TANGTU JUGA! Pesanan ni untuk MUHASABAH DIRI. Maklumlah kita ni manusia biasa yang sentiasa perlu diperingatkan...sebab manusia sentiasa lalai dan alpa...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Hadis 1: Amanah Mengurus Dunia

Daripada Abi Sa'id Al-Khudry r.a.: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dunia adalah manis dan
indah. Allah SWT telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu Allah SWT melihat bagaimana kamu beramal.
[ Riwayat Muslim ]

Salam Ukhuwwah

Salam ukhuwwah buat rakan-rakan..Saya Alizawati Mohd Shamsudin (mama 5KAA )
Hidup perlukan teman...
Tanpa teman hidupkan sunyi..
Gelak tawa teman kan memeriahkan hidup
Hidupkan lebih bererti, bermakna dan berwarna...