Aurat! suatu isu yang sangat sensitif...Bila kita memperkatakan isu ini, golongan yang tidak memahaminya akan memberikan pelbagai alasan dan sebab untuk mengelakkan daripada mengakuinya bahawa menutup aurat itu suatu tuntutan syariat yang tidak boleh diambil mudah dan diambil enteng. Rata-rata akan memberikan alasan," ala..aku belum dapat hidayah lagilah..Allah belum bukakan pintu hati, nanti insyaallah aku tutuplah..." atau " aku ni bukannya Ustazah!", atau " ala...aku walaupun macam ni, sembahyang tak pernah tinggal !Ketakwaan tu letaknya di hati tau! Allah kan Maha Mengetahui.." Itulah di antara beribu alasan yang diberikan. Ada yang menyakitkan hati, ada jawapan yang membuat kita terkedu sekejap ( tak sangka jawapan begini pun ada, mengucap panjang kadang-kadang kita dibuatnya...astaghfirullah!! ) dan kadang-kadang jawapannya menyebabkan kita pulak rasa belas ihsan, rasa simpati kepada tuan punya badan kerana punya keinginan tetapi ada yang menghalang... Walau apapun jua alasan, mudah-mudahan datang rasa keinsafan dalam diri untuk menjadi muslimah yang lebih bertakwa di sisi Allah SWT.
Ada juga sesetengah manusia yang salah faham tentang konsep menutup aurat. Ada yang memahami bahawa aurat itu hanya sekadar menutup rambut sahaja. Oleh itu tidak hairanlah mengapa ada segelintir remaja dan wanita hari ini yang memakai tudung tetapi nampak bentuk body, pakaian singkat dan sendat, seluar pulak ketat, belum lagi terdedah leher, tangan dan pelbagai lagi. Ada yang hanya memahami bahawa menutup aurat apabila keluar dari rumah untuk ke tempat kerja,atau ke sekolah aau ke mana-mana sahaja. Oleh sebab itu tidaklah hairan mengapa apabila berada di luar kawasan rumah, ketika bersembang dengan jiran tetangga atau melakukan apa sahaja aktiviti masih ada yang membiarkan aurat mereka terdedah. Pelbagai salah faham berlaku akibat daripada kejahilan dan keegoan kita sendiri.
Berikut adalah cara menutup aurat yang betul mengikut syariat:
Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Nur ayat 31, jelas menunjukkan aurat yang perlu dijaga oleh muslimah.
KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT:
Oleh itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri agar kita menjadi muslimah sejati dan hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.
1 ulasan:
assalamualaikum ustazah..saye prnah dapat artikelmtentang aurat..tp,da ilang..alhamdulillah..jumpe kat blog ni..ustazah selitkan la lagi isu2 semasa dan ape pandangan islam tentangnye..contoh,hburan yang mcm mane islam benarkan..
Catat Ulasan