Sabtu, 9 Ogos 2008

BULAN SHA'BAN DAH BERMULA RAMADHAN PULA KAN MENJELMA


Tengok bulan teringatlah pulak, hari ni dah masuk hari ke-7 Sya'ban. Ada lagi 22 /23 hari sebelum Ramdhan menjelma, tapi manusia sibuk pula dengan persiapan nak Raya! Dah plan nak pakai baju warna apa Raya nanti, nak buat kuih apa, langsir macam mana fesyennya yang nak dipasang...hmmm macam-macam lagi. Tapi pernah kah terfikir dek kepala kita, bagaimana nak tambah amal bulan Ramadhan nanti. Adakah Ramadhan kita sama macam tahun lepas. atau mungkin lebih baik lagi. Umur dah makin bertambah, tapi kita DOK TANGTU JUGA! Pesanan ni untuk MUHASABAH DIRI. Maklumlah kita ni manusia biasa yang sentiasa perlu diperingatkan...sebab manusia sentiasa lalai dan alpa...

Tiada ulasan: